buat masa ini aku telah mengikuti kursus haji bersiri anjuran tabung haji di masjid sultan ismail. menekala di rumah aku membuat rujukan dari mana2 site mengenai manasik haji. rujukan juga dibuat dalam youtube ceramah haji ustaz Sapawi Che Mat .
Dairy haji 2012
Thursday, March 1, 2012
Aku telah menanam hasrat bahawa aku ingin menunaikan haji buat kali kedua dengan isteri kedua dalam tahun 2012 ini disamping membuat Badal haji untuk Aruah Abah. Persediaan untuk itu telah dibuat seawal tahun dan ianya meliputi persediaan keseluruhan. Oleh kerana aku telah pernah mengerjakan haji untuk pertama kalinya bersama isteri pertama pada tahun 2007 maka bila pendaftaran dibuat aku telah dijadualkan mengikut quota Tabung Haji pada tahun 2020. Rayuan ketabung haji telah dibuat melalui cawangan tabung haji didaerah ini. Sokongan rayuan juga telah dibuat melalui Ahli Parliament Sri Gading dan akhir sekali pendaftaran sementara melalui pakej Haji TAbung Haji travel. selebihnya aku berserah kepada Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)